Walaupun sibuk, gatal juga tangan nak menulis...

Naturally when we get old, there must be some skills in some area or field that we are expert on. Some plan to be one, some just follow their fate. I look around and see some examples. My grandmother is an expert in cooking and making nice package for wedding presents for bride to groom and vice versa. My late grandfather was an expert in many areas including gardening, defensive driving, investigating, PR and many more. My father is an expert in paperwork and accounting. My mother is an expert in facial treatment and giving psychological therapy while my mother in law is an expert in body massage, business and many others. What about me? Read more here.


ある日の話。。。

私: 典子、ディスニのお姫様でどちらが好きなの?

典子: んんんん。。。

私: アリアル?

典子: 違う。ええと。。。。
こちらに続く

Rabu, 2009 November 25

Beguk

Pagi tadi sewaktu menghantar Michiko ke hoikuen (taska), guru Michiko memberitahu yang beberapa orang kanak-kanak di hoikuen itu telah terkena beguk, bengkak kelenjar di bawah rahang mulut. Ohhh.. ada juga beguk di Jepun ini rupanya. Dia menasihati agar Michiko berhati-hati.

Bonda ingin berkongsi petua yang kita melumurkan cuka bercampur nila di tempat kena beguk. Namun tiada perkataan bahasa Jepun yang diketahui untuk menerangkan nila. Sudahnya, hanya mengatakan kita menyapukan cuka supaya beguk cepat sembuh. Terkejut guru itu mendengarnya. Lagi pun, adakah nila di Jepun ini ya? Kalian tahu?

Moga puteri-puteri Bonda, bayi yang sedang membentuk dalam rahim, Bonda dan Baba sihat selalu. Permudahkanlah hidup kami di perantauan ini. Amin.

Selasa, 2009 November 24

In The Miso Soup


Membaca imaginasi melampau Ryu Murakami ini memang satu kesilapan terutamanya sewaktu berbadan dua. Tapi disebabkan terlanjur mula membacanya, diteruskan juga. Memang amat tidak disarankan untuk ibu-ibu mengandung yang lain untuk membacanya. Hehehe.

In The Miso Soup yang dibaca buat kali pertama ini adalah versi yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, dikirimbeli pada seorang rakan sekuliah yang pulang bercuti. Jika tidak silap, judul ini juga merupakan kisah pertama karya penulis tersohor Jepun ini yang pernah dibaca.

Bilalah agaknya dapat membaca versi asli dalam bahasa Jepun dan faham sefahamnya, tidak diketahui. Tapi itulah impian dan cita-cita. Masih terhegeh-hegeh menghafal karakter-karakter Kanji yang banyak digunakan dalam penulisan bahasa Jepun. Masih tidak boleh berpisah dengan kamus eletronik untuk memahami setiap butir perkataan dan baris ayat.

Ohya, buku ini mengisahkan apa, ya? Bagi saya, ianya memuatkan informasi mengenai kegiatan perniagaan seks di Jepun serta cara berfikir dan bertindak seorang pembunuh. Kedua-duanya dijalinkan dalam satu cerita yang berlaku dalam tempoh 3 hari sahaja. Menarik bukan? Namun, imaginasi yang melampau mengerikan pula.

Ada senaskah lagi dalam simpanan... 69. Tunggu selepas habis pantanglah, baru disentuh barangkali. ;)

Sabtu, 2009 November 21

12 minggu

Kini masuk minggu ke-12 mengandung. Didapati sudah tidak pening dan mual pada sebelah petang atau malam. Alhamdulillah. Tubuh sudah serasi dengan hormon baru nampaknya. Mungkin mulai sekarang selera akan bertambah dan berat badan akan naik dengan cepat juga. Menurut bacaan, trimester kedua ini adalah waktu yang paling selesa buat ibu mengandung dan risiko keguguran turun mendadak. Inilah waktu "honeymoon", katanya.

Terima kasih, Allah. Kau permudahkan. Kau pinjamkan kesihatan dan kekuatan buatku. Bertepatan dengan waktu bersedia untuk peperiksaan, segala kesukaran mula berakhir. Moga terus sihat dan dipermudahkan hingga hari melahirkan. Amin.

Jumaat, 2009 November 20

Ayam

Dulu, waktu arwah Atok masih hidup, dia ada membela sereban ayam. Ada juga beberapa ekor itik. Membela ayam nampaknya senang. Jika ada makanan yang tidak habis, kami tidak buangkan sahaja. Sebaliknya, itulah yang bakal menjadi makanan kepada ayam-ayam tersebut. Setiap petang, Atok akan melepaskan ayam-ayam itu bebas berkeliaran dan menjelang petang akan mengejarnya masuk ke reban. Mungkin waktu itu, masih terlalu kecil untuk memahaminya. Jadi mungkin terdapat butiran-butiran cara menjaga ayam yang terlepas pandang dari skop mata anak kecil waktu itu.

Jika ayam-ayam itu sudah matang, Atok akan menyembelihnya sendiri. Sebelum menyembelih ayam tersebut, Atok akan berpesan kepada kami.
"Jangan tengok kalau kesian. Kalau kesian, tak boleh makan, tau!"

Seingat memori ini, pernah juga melihat ayam yang disembelih Atok dengan pisau yang amat tajam setelah mulut Atok terkumat-kamit membacakan doa-doa yang sepatutnya. Ayam itu akan menggelepar beberapa ketika sebelum terputus nyawanya. Ada juga sebelum terputus nyawanya, ayam itu akan terbang agak tinggi, melepasi paras kepala Atok yang sedang berdiri.

Maka, waktu kecil dulu, memang pernahlah melihat sendiri bagaima rupa ayam jantan yang berbaluk dan bertaji, ayam betina yang gemuk pendek serta kecoh sekampung apabila mahu bertelur, anak-anak ayam serta anak-anak itik yang mengekor ibunya serta ayam mengawan. Hahahaha. Waktu cuba menghalau ayam jantan yang cuba mematuk tengkuk si ayam betina, pernah juga dimarahi Atok. Masa itu memanglah terpinga. Sekarang, barulah mengerti. Rupanya begitu ayam mengawan.

Terima kasih, Atok. Pengalaman dan kenangan yang hebat. Al-Fatihah...

Rabu, 2009 November 18

JLPT 2

18 hari lagi ke hari Ujian Profisiensi Bahasa Jepun tahap 2 (Japanese Language Proficiency Test Level 2). Sememangnya tahap 2 ini mencabar dan sepatutnya melonjakkan keupayaan bahasa Jepun ke satu tahap yang agak mahir. Namun hanya sejak semalam, ulangkaji secara serius bermula. Sementara itu, dalam jangka sekarang hingga ke hari ujian, ada beberapa peperiksaan pertengahan semester untuk subjek-subjek lain pula bakal ditempuhi. Terasa berat bahu memikul. Walaupun ada sekali lagi peluang untuk mengambil ujian ini pada bulan Julai tahun hadapan, tapi jika dapat melangsaikannya sekarang, alangkah bagus! Terkadang merasakan umpama kerja gila pun ada. Namun sudah terlambat untuk mengundur diri. Mampukah agaknya?

Doakanlah ya...

Khamis, 2009 November 12

Mual

Masuk minggu ke 11 kini, sudah perasan beberapa perubahan lagi dalam diri. Ops!

Setiap petang menghampiri senja hingga awal malam, kepala akan berasa pening dan rasa mengantuk yang amat sangat. Selalunya akan berbaring dan melumurkan minyak cap kapak di kepala. Waktu ini juga akan merasa mual dan tidak ada selera makan. Memang sebelah malam kini sudah tidak mahu makan nasi. Terhidu bau nasi juga seperti mahu terkeluar isi perut. Melihat makanan yang enak-enak seperti sushi dan sebagainya juga tidak menaikkan nafsu. Jika lapar, hanya melapik perut dengan roti atau biskut cicah Milo panas. Banyak pula minum air waktu malam. Aduhhh. Janganlah belanja saya makan malam buat masa ini. Rugi saja! :)

Jangan salah sangka. Bukan sepanjang hari tidak makan. Sebelah pagi dan awal petang, waktu inilah selera menjadi-jadi dan makan di luar itu rasanya lebih enak. Hahahaha. Harus sediakan bajet yang lebihlah nampaknya! :p

Sabtu, 2009 November 07

Pecah Rahsia!

Aduhai... punyalah ingin berahsia, akhirnya terbongkar juga. Ianya terbongkar di sebuah klinik tempat menjalani pemeriksaan kesihatan tempohari.

"Puan, tak perlu buat X-Ray. Puan positif mengandung."

Jururawat bertugas seperti membuat pengumuman memberitahunya kepada saya. Tidak sensitif langsung! Ini kali kedua saya diperbuat sebegitu. Kali pertama sewaktu keputusan ujian darah saya keluar. Jururawat di klinik yang lain itu juga membuat pengumuman yang serupa di hadapan pesakit-pesakit lain yang sedang menunggu.

Waktu itu saya telah memberitahu jururawat tersebut agar tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut kerana mereka sepatutnya menyimpan segala maklumat sulit pesakit. Bukannya menghebahkan sedemikian rupa. Jururawat tersebut kemudiannya meminta maaf. Kali ini, saya tidak kuasa. Memang begitu rupanya budaya kerja mereka.

Berbalik kepada cerita mengandung...

Sebenarnya berita itu mahu dirahsiakan terus daripada keluarga kerana saya yakin, pasti ada yang membantah. Huhuhu. Al-maklum pengajian peringkat sarjana ini belum tamat dan puteri-puteri juga masih kecil. Kami merancang untuk merahsiakan terus dan membawa pulang sahaja anak ketiga yang bakal dilahirkan nanti. Tapi kita hanya mampu merancang... :p

Jururawat berkenaan telah pun menghebahkan berita saya mengandung di hadapan semua di situ termasuk ibu mertua yang menemani. Tidak berani menoleh kepadanya yang terkejut dengan berita tersebut, saya terus sahaja masuk untuk pemeriksaan kesihatan yang selanjutnya.

Kemudiannya saya bertanya dengan sepupu yang ada di situ, bagaimana reaksi ibu mertua saya apabila mendengar berita tergempar itu tadi. Mereka mengatakan yang ibu mertua saya termenung seketika. Huhuhuhu. Maaf, Mommy!!! Saya faham reaksinya. Dia tentu amat risau mengenangkan kami. Setelah berita terbongkar, saya hanya meminta dia mendoakan yang terbaik buat kami.

Alhamdulillah kandungan saya yang kini berusia 10 minggu semuanya baik belaka. Moga ia terus kekal begitu hingga dilahirkan nanti.

Mengandung kali ini, saya belum lagi mengalami apa-apa alahan. Alhamdulillah. Cuma, beberapa perubahan yang saya perhatikan. Pagi-pagi sering mencari buah-buah masam seperti limau. Mudah penat dan mengah. Sebelah petang pula sering pening kepala. Selepas maghrib sering dilanda mengantuk yang teramat sangat! Ohya... adakah kerana mengandung atau salah sendiri, mood untuk belajar agak menurun sedikit. Harapnya cepat pulih dan mujur juga subjek yang tinggal tidak banyak lagi.

Saya mengandung kali ini bukanlah kerana tidak sengaja. Bahkan kami memang merancang untuk melahirkan seorang cahayamata di negara ini. Moga rezeki dan kebahagiaan kami bertambah dengan kehadiran seorang lagi kurniaan Ilahi ini.

Doakan keselamatan dan kesihatan saya dan kandungan serta pengajian sarjana saya dapat diselesaikan dengan jayanya, ya.... :)